Recent Post
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Cara Tingkatkan Like Facebook Untuk Blogger


Cara Tingkatkan Like Facebook Untuk Blogger
Sebelum ni aku pernah pasang Script Like Facebook di blog aku.. Memang menaik jugak like tu.. Tapi aku dah buang sebab yang tu tak berapa bagus,kalau pertama kali datang dekat blog aku tu bagus la,tiba2 dia tak perasan like page facebook aku.. Kalau kali ke-2 silap2 terunlike pulak..

Ada satu lagi cara nak dapatkan like dari blog yang bagus.. Script Like Facebook ni memang bagus,dia cuma ada button like je.. Tak macam script like yang aku guna dulu.. Aku pernah singgah satu blog ni,aku memang tak perasan aku tekan like tu pon.. Kalau pasang popup like mesti ramai yang tak sukakan.. Jadi guna script LIKE WARRIOR jela,orang lain tak perasan dan tak ada la yang nak marah.. Nak dapatkannya pergi sini.. Kalau ramai yang pergi dekat blog korang,tu lagi bagus,mesti menaik secara tiba2..

Cara Nak Block Laman Web Lucah

Cara Nak Block Laman Web Lucah,block web lucah

1- Mula², kita kena setkan OpenDNS di dalam modem/router kita.

Cara Nak Block Laman Web Lucah

masukkan DNS, sila masukkan kedua² DNS ni :

Primary : 208.67.222.123
Secondary : 208.67.220.123

Selepas itu, klik save & restart/reboot modem korang, penting!

2-Buka start menu dan taip cmd

Cara Nak Block Laman Web Lucah

taip ipconfig /flushdns
tekan enter dan ia akan bagitau : Succesfully Flushed DNS Resolver Cache


3-Lepas tu, bukak link ni : https://store.opendns.com/familyshield/welcome/ untuk test samada Modem kita dah pakai DNS yg kita dah set td. kalau menjadi, ia akan cakap mcam ni :

Cara Nak Block Laman Web Lucah

Kalau tak keluar macam ni, maybe korang ada silap setting DNS td / tidak restart modem

Jadi, dah boleh mula test menjadi ke tak cara kita ni….

Cara nak test banyak mane web lucah dia dapat block, ikut cara ni :

- Bukak http://www.google.com.my
- cuba taip apa2 keyword lucah seperti (porn atau sex )

lepas tu, bila senarai web lucah di google dah keluar semua tu, try la klik satu2 setiap web… kalau OpenDNS td berkesan, mesej ni yg korang akan dapat

Cara Nak Block Laman Web Lucah

Sumber: infomalaya.my

Cara Nak Tukar Saiz Memori kad 1GB kepada 2GB


Percaya tak memori kad 1 gb boleh tukar kepada 2 gb? Hari tu aku ada jumpa satu trik dari sini.. Aku belum mencuba lagi.. Tapi kalau korang nak cuba boleh je..

1- Mula2 pastikan bahawa memori kad korang adalah memori yang mempunyai 1gb..kalau yang lain daripada tu senang citer tak jadi..kemudian ia hanya berfungsi kepada sesetengah jenis memori kad je..

2- Backup dulu segala file yang ada dalam memori kad tu(simpan je kat desktop)..sebabnya kite nak format terlebih dahulu memori kad tu..

3- Lepas korang backup semua tu, korang bukak Skimedi Fix 2GB Capacity application. Download di sini..

4- Satu window kecil akan pop up menunjukkan pilihan FIX dan CANCEL. Kemudian cari driver memori kad tu di mana ianya diletakkan( biasanya di G: atau L: tmpat usb stick, cek kat my computer).Kemudian tekan FIX

1GB kepada 2GB

5- Lepas korang tekan butang FIX tu,proses update akan berjalan..Kemudian Klik YES

6- Lepas tu, korang cabut balik memori kad yang dah upgrade tu. Cabut dan pasang balik..korang akan lihat saiz memori kad tersebut akan meningkat dari 1gb kepada 2gb. tak percaya? lihat di properties memori kad tersebut sebelum dan selepas proses cracking..

1GB kepada 2GB

Sumber : izzatdaniel

Cara Lajukan Celcom Broadband

Assalamualaikum.. aku nak kongsikan satu trick iaitu cara nak lajukan broadband yang sudah habis limit..terutamanya celcom la..mungkin korang tertanya-tanya betul ke ada cara macam ni..memang ada..sebab aku dh try..mula2 macam tak percaya,tapi dah cuba,memang berkesan..

1- Pastikan waktu ni korang dah connect ke internet. Tekan “start” & cari “run”. Dalam tu tulis “cmd” dan tekan ok…

2- Akan keluar command prompt macam dekat bawah ni. Tulis “ipconfig/all” dan enter…


3- Bila dah enter akan keluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tengok gambar kat bawah untuk pilih yang mana betol…

4- Ok sekarang tekan “ping [address korang] -t” Cth ping 10.175.53.131 -t mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam dekat bawah. Kalo tak keluar macam dekat bawah maksudnya tak berjaya la tu..


- Perlu diingat, korang kena ulangi langkah2 di atas (Ping Of Death) ini jika telah disconnect talian broadband korang..sebab IP Celcom Broadband akan sentiasa berubah-ubah.

- Tiada jaminan bahawa langkah2di atas (Ping Of Death) ini boleh melajukan Celcom Broadband korang secara 100%. Soal kelajuan bergantung kepada kekuatan rangkaian 3G dan HSDPA di kawasan dan tempat tinggal korang.

- Untuk pengetahuan korang, langkah-langkah di atas (Ping Of Death) ini amat berkesan jika dilaksanakan pada talian streamyx memandangkan streamyx menggunakan fixed line dan rangkaiannya lebih stabil dan laju berbanding dengan broadband mudah alih seperti Celcom Broadband.

Tips alternatif:
- Jangan muat turun atau muat naik fail yang besar. Hal ini dapat menjimatkan bandwidth.

- Kurangkan menonton video di YouTube dan sebagainya. Tonton video secara online banyak menggunakan bandwidth celcom.

- Jika talian internet terlalu perlahan, sila disconnect dan connect semula talian Celcom Broadband.
- korang perlu cabut modem Celcom anda dan masukkan balik ke port usb semula jika talian bermasalah.

- Guna cable usb yang panjangnya 15m/3m kemudian sambungkan pada modem celcom broadband. Kemudian letak modem korang tu di tepi tingkap.

- Tukar setting modem..
Klik kanan pada My Computer kemudian klik Manage.
Pergi ke Device Manager -> Modem ->
Klik kanan pada 3G USB Modem dan pilih Properties
Pergi ke Modem tab, adjust maximum Port Speed to the max. Save setting yang baru dengan klik OK.

- Pastikan kawasan perumahan korang mempunyai rangkaian Celcom 3G yang baik sebelum mendaftar sebagai pengguna Celcom.

- Beli atau upgrade modem Celcom korang kepada yang lebih mahal. Semakin mahal modem Celcom, semakin laju internet..

- Laporkan kepada Celcom dengan mendail 1111 di telefon bimbit Celcom  bagi melaporkan sebarang masalah rangkaian Celcom 3G di tempat korang.

- Jika semua teknik di atas gagal melajukan talian Celcom Broadband korang, maka langganlah ISP lain seperti TM Streamyx, Maxis Broadband dan sebagainya.

Sumber :taufik

 
Copyright © 2013. JFair2 - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger